Mi segera kini merupakan produk yang mempunyai pemintaan yang tinggi dan meningkat sebanyak 3% per tahun. Ianya menjadikan mi segera sebagai satu produk makanan yang berpeluang memainkan peranan penting untuk membaiki kekurangan nutrient. Ini kerana, masalah kekurangan nutrient merupakan punca utama masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan darah tinggi.

Kekurangan nutrient ini disebabkan oleh pengambilan makanan proses yang tinggi, stress, pencemaran udara dan system penghadaman yang tidak efisien. Makanan yang tidak dihadam sepenuhnya boleh menyebakan toksik berkumpul didalam system dan menjadikan penyebab penyakit seperti alergik dan kurang pertahanan badan. Kekurangan nutrient ini tidak boleh dibaiki dengan supliment di farmasi tetapi boleh kembali normal apabila diberikan makanan berkhasiat dari sumber semulajadi.

Yumny Mi sayuran segera di inovasikan untuk mencapai tujuan membaiki pengambilan nutrisi dan membantu menyelesaikan masalah kesihatan, terutama golongan muda 15 hingga 30 tahun yang merupakan pelajar, pekerja, ibu mengandung dan bakal ibu.

Bahan untuk membuat yumny mi sayuran segera ialah tepung gandum tanpa peluntur dan diperkaya dengan zat besi, folic acid, vitamin B12, vitamin A, zink, thiamin dan riboflavin. Tepung gandum ialah komponen penting untuk mengekalkan rasa kenyal menjadi pilihan utama kepada pengguna. Tepung yang digunakan merupakan kandungan protein rendah (8%). Gluten merupakan protein utama tepung yang menentukan kekenyalan protein. Masalah gluten intolerance (rasa kembun perut, letih, pening dan sakit perut) boleh menyebabkan penghadaman tidak sempurna dan boleh menyebabkan pengumpulan toksik. Kekenyalan yang memuaskan bagi produk yumny mi sayuran segera boleh dicapai dengan penggunaan kamji tepung ubi, protein telur dan proses penyejukkan mi dengan kadar segera.

Sayuran yang digunakan adalah 50% dari berat tepung merupakan sayur bayam, lobak merah, labu dan bit merah. Ianya mengandungi fiber dan phytochemical di samping micronutrient lain yang kaya dengan antioksidan. Yumny mi sayuran segera tidak menggunakan bahan pewarna tiruan sebaliknya menggunakan warna semulajadi dari sayuran yang digunakan.

Hijau dari sayur bayam yang kaya dengan klorofil. Kuning dari labu yang mengandungi beta kerotena dan selenium. Oren daripada lobak merah juga mengandungi beta kerotena dan bit merah kaya dengan sumber asid folik dan antioksidan.

Kandungan sayuran dalam yumny mi sayuran segera membantu menyelesaikan masalah tak makan sayur terutama kepada penduduk Malaysia sebanyak 80%. Sayur juga mudah dihadam kerana mempunyai enzim.

Protein dari telur, serat yang tinggi dari sayur dapat merendahkan glycemic index tepung gandum. Gula yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah ialah penting bagi membantu pembelajaran dan sikap supaya dapat memberi tumpuan tidak mudah rasa marah, ngantuk dan cepat lapar.

 

Perencah yang dipilih mengandungi rempah dan herba tanpa MSG. bahan tambahan lain seperti daun kering, moringa, minyak kelapa sawit merah sesuai digunakan bagi menambah nilai nutrisi. Minyak kelapa sawit merah sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak untuk pertumbuhan perkembangan otak yang baik. Daun moringa mempunyai anti oksidan dan protein yang tinggi dan sebagai adaptogen kerana menolong mengatasi stress samada fizikal, chemical dan biological. Ianya juga membanyakkan susu bagi ibu yang menyusu.

Yumny Mi sayuran segera terdiri daripada 3 jenis sayuran yang mempunyai 3 jenis pilihan perencah iaitu mi sayuran bayam, lobak merah, labu manis dengan perencah asam laksa, kari dan chicken blackpepper soup. Terdapat dua jenis pilihan pek yumny Mi sayuran  segera iaitu pek travel dan pek combo. Pek travel sesuai untuk dibawa kemana-mana dengan hanya mencurah air panas selama 8 minit tanpa menggunakan dapur gas. Pek combo merupakan pek ekonomi untuk kegunaan seisi keluarga dengan harga mampu milik.

Yumny mi sayuran segera dengan pengeluaran berskala besar mampu meningkat nutrisi penduduk di Malaysia, seterusnya membantu menyelesaikan masalah kesihatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Macroona

Dibuat daripada sayur bayam, labu, lobak merah dan keladi merah. 200g per kotak (berat kering) bersaiz hidangan 4 pinggan. kotak yang dicipta juga boleh digunakan sebagai bekalan.

Family Pack

Mempunyai 3 jenis mi iaitu bayam, labu manis dan lobak merah. 150g per pek sesuai untuk 3 hidangan. Perlu dimasak dan boleh boleh dihidangkan mengikut citarasa sendiri

Travel Pack

Pek Segera (70g), tanpa monosodium glutamate, tanpa pengawet & pewarna. 70g per pek sesuai untuk satu hidangan. Pek Travel mudah dibawa ke mana mana.

Combo Pack

Pek jimat. Mempunyai 3 jenis mi dan 3 perasa. berat bersih 180g/pek sesuai untuk 3 hidangan. Perlu dimasak atas dapur.

Kelebihan Produk Yumny

Sayuran Sebenar

Sayuran segar yang dimasukkan terus ke dalam adunan pemprosesan mi sayur

Tepung Unbleach Tempatan

Tepung unbleach yang di proses di Malaysia. Kebanyakan tepung di import siap jadi tepung mudah hapak/rosak kerana tak dapat tahan lama.

Sumber Nutrien

Protin juga terdapat daripada telur, kandungan serat yang tinggi daripada sayur dan karbohidrat yang dapat menstabilkan paras gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi atau rendah. Keadaan ini penting semasa dalam pembelajaran supaya dapat memberi tumpuan, tidak mudah mengantuk, letih dan cepat lapar.

Garam Halalgel

Garam Halalgel bebas dari iodin tambahan. Badan kita akan lambat proses bahan2 chemical synthesis jadi pilihan yang lebih baik adalah garam semulajadi.

Tanpa Pengawet

Mi Sayur Yumny menggunakan sayuran asli dan dirawat. Tiada asid borik atau air abu, tiada pewarna tambahan dan tanpa pengawet!

What Our Customers Says ?

Delivery pantas, customer service terbaik, packaging mantap! Mi Lobak terbaik! Alhamdulillah..

Mi Lobak ni memang mi segera alternatif yang lebih sihat dan sedap. Wajib cuba!

Just fell in love with the Mi Labu! Can’t wait to try more flavours!! Thank you!!!