Apa Itu Mi Sayur?

Overview

Pada mata kasar, mi dihasilkan ini tidak ubah seperti mi kuning lain di pasaran. Namun, ia sebenarnya mi sihat yang diolah daripada sayur-sayuran sekali gus membolehkan kanak-kanak memperoleh nutrisi yang terdapat pada bahan organik terbabit

Uniknya, mi ini bukan saja berwarna kuning, tetapi turut berwarna hijau dan oren berikutan menggunakan bahan sayuran diperlukan kanak-kanak serta golongan dewasa yang menghadapi masalah sembelit.

Diolah dengan empat perisa sayur-sayuran seperti labu, sawi, bayam dan Iobak merah, setiap mi berkenaan mengandungi nutrisi berbeza dan menggunakan bahan asas seperti tepung, telur dan pelbagai sayuran segar untuk memenuhi selera pengguna.

Campuran tepung tanpa peluntur, sayuran sebenar, telur dan juga garam. Warna hijau dari sayuran bayam yang kaya dengan klorofil dan kandungan serat yang tinggi dapat menstabilkan paras gula dalam darah agar tidak terlalu tinggi atau rendah.

Secara tidak langsung, penghasilan mi sihat ini dapat merangsang kanak-kanak atau mereka yang tak gemar makan sayur memperoleh khasiat diperlukan tubuh, sekali gus mengelak penyakit berikutan kurang minum air dan makanan tinggi serat.

Pengasas Mi Sayur

The Founder
blog-post1

Dr Hajjah Khadijah Zakaria merupakan seorang pegamal perubatan. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1983, dan terlibat lebih 30 tahun dalam bidang kanak-kanak dan ibu mengandung. Beliau juga mempunyai sebuah klinik di Taman Rinting Johor Bahru yang dikenali sebagai Klinik Wanita dan Kanak-Kanak Rabbisyfina.

Beliau mula berminat tentang makanan semasa merawat kanak-kanak di klinik yang sering menghadapi masalah seperti demam, selesema dan sembelit yang berulang, yang berpunca dari haemoglobin (zat besi) yang rendah. Keadaan ini mempengaruh perkembangan otak 400% sebelum mencapai umur 2 tahun. Dalam merawat pesakit wanita seperti ovarian cyst, kitaran haid tidak teratur, kencing manis, darah tinggi dan masalah murung, beliau memerhati dan mengkaji corak makanan dan cara hidup pesakit. Kajian selama 25tahun ini, beliau berjaya menghasilkan bebola daging premium dan juga mee sayur menggunakan bahan-bahan asli dan tanpa campuran bahan kimia.

Beliau telah mencipta resepi sihat ini bertujuan alternative yang lebih baik dengan membuang bahan kimia, aditif dengan menggantikan bahan semula jadi.