Pengenalan

Overview

Rabbisyfina Food Industry juga disebut sebagai RFI adalah sebuah syarikat 100% bumiputera. RFI telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang memproses produk makanan yang berkualiti serta berkhasiat bagi keperluan orang ramai. Diasaskan pada pertengahan 2011 dari cetusan idea dan hasrat murni pengasas syarikat seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun merawat pesakit wanita dan kanak-kanak di kliniknya sendiri.

Hasil daripada pemerhatian dan pengalamannya, beliau mendapati bahawa penyakit terutamanya dikalangan kanak-kanak disebabkan oleh makanan yang kurang berkhasiat dan mengandungi bahan kimia tambahan di dalam makanan. Isu ini mungkin dianggap kecil bagi sesetengah pihak tetapi, dalam Islam ia merupakan satu isu yang besar. Oleh sebab mengambil makan yang halal itu perintah, maka menyediakan keperluan yang halal juga merupakan kewajipan. Umat Islam keseluruhannya bertanggungjawab bagi menyediakan keperluan ini. Ia dianggap fardhu kifayah.

Menghasilkan produk makanan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi.

- Objektif Syarikat

Syarikat ini merupakan syarikat usahasama keluarga yang diasaskan oleh Dr. Khadijah Bt Zakaria dan suaminya En.Khairuddin Bin Omar sebagai penasihat manakala, projek dilaksanakan oleh anak-anak dan menantu mereka. RFI ditubuhkan pada bulan Jun 2011. Perniagaan ini telah mula beroperasi di no.37 Jalan Sagu 15, Taman Daya 81100, Johor. Syarikat ini memproses, menjual serta memasarkan produk sejukbeku hasilan daging (bebola daging,ayam dan lembu berperisa aslisate dan lada hitam) dan mee sayur yang diperbuat daripada labu,sawi,bayam dan lobak merah.

Biarpun baru beberapa bulan memulakan perniagaan ini, Rabbisyfina Food Industry telah bergerak aktif di beberapa pasar tani sekitar Johor Bahru dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Selain itu, Rabbisyfina Food Industry juga turut menjual produk secara terus dari bengkel dan telah mengambil tempahan daripada pelanggan yang berminat dengan produk ini. Rabbisyfina Food Industry juga turut membekalkan produk di beberapa kedai runcit sekitar Masai.

Rabbisyfina Food Industry juga berhasrat terus mengeluarkan dan memasarkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan, penambah perasa, halal lagi bernutrisi, mempunyai kuasa penyembuh penyakit semula jadi, (natural healing power) meningkatkan kecerdasan minda dan mempunyai keseimbangan emosi yang baik khususnya untuk kanak-kanak.

Pengasas Mi Sayur

The Founder
blog-post1

Dr Hajjah Khadijah Zakaria merupakan seorang pegamal perubatan. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1983, dan terlibat lebih 30 tahun dalam bidang kanak-kanak dan ibu mengandung. Beliau juga mempunyai sebuah klinik di Taman Rinting Johor Bahru yang dikenali sebagai Klinik Wanita dan Kanak-Kanak Rabbisyfina.

Beliau mula berminat tentang makanan semasa merawat kanak-kanak di klinik yang sering menghadapi masalah seperti demam, selesema dan sembelit yang berulang, yang berpunca dari haemoglobin (zat besi) yang rendah. Keadaan ini mempengaruh perkembangan otak 400% sebelum mencapai umur 2 tahun. Dalam merawat pesakit wanita seperti ovarian cyst, kitaran haid tidak teratur, kencing manis, darah tinggi dan masalah murung, beliau memerhati dan mengkaji corak makanan dan cara hidup pesakit. Kajian selama 25tahun ini, beliau berjaya menghasilkan bebola daging premium dan juga mee sayur menggunakan bahan-bahan asli dan tanpa campuran bahan kimia.

Beliau telah mencipta resepi sihat ini bertujuan alternative yang lebih baik dengan membuang bahan kimia, aditif dengan menggantikan bahan semula jadi.